Pada 15 dan 16 Jun 2026 Sek.Men.Islam Hidayah JB telah menghantar pasukan bola jaring P15 ke Kejohanan Bola Jaring P15 MSSD JB di Velodrome Iskandar Puteri Johor. Sebanyak 38 buah sekolah mengambil bahagian. Alhamdulillah SMIH telah mendapat naib johan dalam kumpulan dan melepasi perjuangan dalam pusingan kedua sehingga melayakkan diri ke Pusingan Suku Akhir seterusnya ke pusingan Separuh Akhir.Dalam pusingan separuh akhir SMIH telah ditewaskan oleh pasukan SMK (P) Sultan Ibrahim. Seterusnya, untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4 pertarungan diteruskan dengan laluan mudah untuk meraih tempat ketiga dalam kejohanan ini. Kami bersyukur kerana terdiri daripada 8 pasukan terbaik untuk kejohanan kali ini yang meletakkan SMIH tempat ke-3 daripada kesemua sekolah yang mengambil bahagian. Tahniah untuk para peserta yang mengharumkan nama SMIH JB. ANUGERAH SPORTWOMANSHIP (SMIH) disandang oleh Qaisara Sofya Amani binti Mohd Fariq Aizat dalam posisi Center.
Terima kasih tidak terhingga kepada Pn. Pengetua yang banyak memberikan sokongan dan kerjasama untuk pasukan kami seterusnya kepada pihak pengurusan SMIH JB, guru-guru, ibu bapa yang telah memberi sokongan dan iringan doa serta kebenaran penyertaan kepada pasukan Bola Jaring P15 MSSD Johor Bahru. Terima kasih kepada Pengurus dan jurulatih pasukan Pn. Hanim binti Jasman serta jurulatih yang terus setia membantu iaitu Cik Ruqayyah Nuruliman Ainullotfi .
Berikut laporan keputusan Kejohanan Bola Jaring P15 MSSD JB 2026:
Peringkat Kumpulan:
SMI Hidayah vs SMK Bandar Baru Uda
12-5 (menang)
SMI Hidayah vs SMK Engku Tun Aminah
15-2 (menang)
SMI Hidayah vs SMK Majidi Baru 2
15-4 (menang)
SMI Hidayah vs SMK Sultan Ismail
9 – 11 (kalah)
(NAIB JOHAN KUMPULAN)
Pusingan Kedua ( kalah mati)
SMI Hidayah vs SMK Dato Usman Awang
13-3 (menang)
Suku akhir
SMI Hidayah vs SMK Tan Sri Mohamed Rahmat
15-5 (menang)
Separuh akhir
SMI Hidayah vs SMK (P) Sultan Ibrahim
4-10 (tewas)
Akhir (tempat ke-3)
SMI Hidayah vs SMK Tun Fatimah
11- 7
Laporan disediakan oleh, Tarikh : 16 Jun 2026
Puan Hanim binti Jasman
Pengurus Pasukan Bola Jaring
Sek. Men. Islam Hidayah Johor Bahru

KEPUTUSAN KESELURUHAN KEJOHANAN BOLA JARING P15 MSSD JB 2026

SEK. MEN ISLAM HIDAYAH TEMPAT KETIGA BOLA JARING P(15) MSSD JB 2026

ANUGERAH SPORTWOMANSHIP (SMIH)
QAISARA SOFYA AMANI BINTI MOHD FARIQ AIZAT


PASUKAN BOLA JARING P (15) SMIH JB

JURULATIH
HANIM JASMAN
RUQAYYAH NURULIMAN AINULLOTFI