Kejohanan Bola Tampar (P18) MSSD JB 2026 telah berlangsung pada 23 April 2026 bertempat di Dewan SJKC Poay Chai, Bukit Indah 2.Seramai 12 orang pemain Banat yang terlibat.
Terdapat 4 buah sekolah yang bertanding dalam kumpulan yang sama iaitu:
Kumpulan C
- SMK Taman Mutiara Rini 2
- SM Teknik JB
- INVICTUS International School.
- SM Islam Hidayah JB
Pasukan perempuan SMIH JB tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan pada hari pertama.
Berikut ialah Skor mata di peringkat kumpulan.
SMIH vs SM Teknik JB
1-2
SMIH vs SMK Mutiara Rini 2
0-2
SMIH vs Invictus International School
1-2
Walau bagaimanapun, ini adalah julung kalinya sekolah menghantar pasukan bola tampar perempuan ke peringkat Kejohanan MSSD JB. Kami berasa bertuah sebab dapat bertanding dengan 3 pasukan bola tampar yang sememangnya berpengalaman dan hebat.
Tahniah kepada semua pemain kerana menunjukkan prestasi yang sangat baik dan memberangsangkan. Mereka tidak gentar dan berdepan dengan tenang. Semoga penglibatan pada hari ini memberi suatu pendedahan yang baru di peringkat MSSD.
Guru pengiring bagi kejohanan ini ialah Ustazah Hilsha Binti Hashim dan Ustazah Nur Hidayah Binti Kusan.
Disediakan oleh:
Ust Nur Hidayah Binti Kusan
Penyelaras Sukan Bola Tampar (Banat)
Unit Kokurikulum




