Alhamdulillah, sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh seluruh calon SPM 2025 (Batch QAF 27) atas pencapaian yang membanggakan dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.76.
Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan guru atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam mendidik murid, serta kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan berterusan. Kejayaan ini merupakan hasil usaha kolektif semua pihak yang terlibat.
Diharapkan agar kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Murid-murid diseru agar terus berusaha, mengekalkan disiplin dan berpegang teguh kepada nilai-nilai murni dalam menempuh cabaran kehidupan.
Anak-anak Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru,
Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dan keazaman. Jadilah insan yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing, serta sentiasa membawa nama baik sekolah walau di mana jua anda berada.









