SMIHJB | LAPORAN LAWATAN PENANDA ARASAN 2026

Sek Men Pertama Islam Terpadu (SMPIT) Tunas Cendekia, Kota Batam, Indonesia ke Sek Men Islam Hidayah Johor Bahru (SMIHJB)

Pada 1 April 2026, SMPIT Tunas Cendekia Kota Batam telah mengadakan lawatan penanda aras ke SMIHJB. Lawatan ini melibatkan seramai 47 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Delegasi diketuai oleh Ustaz Abd Hafid selaku Kepala Sekolah.

Lawatan ini diadakan dengan tujuan mempelajari budaya pembelajaran dan sistem pendidikan di Malaysia, berkongsi pengalaman serta amalan terbaik antara kedua-dua sekolah, mewujudkan jaringan ukhuwah dan kerjasama pendidikan antarabangsa dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang persekitaran pembelajaran yang berbeza

Sepanjang lawatan, para peserta telah mengikuti pengenalan sekolah disampaikan oleh Pengetua, Pn Seri Juli Emas Wati, yang menerangkan latar belakang, pencapaian dan sistem pendidikan sekolah. Seterusnya pengenalan biah sekolah
disampaikan oleh Ketua Pelajar, Faiz Azhar Fahrol Fahmy, berkaitan suasana pembelajaran Islamik (biah solehah) yang diamalkan di sekolah. Majlis pertukaran cenderamata & tandatangan sijil sebagai simbolik penghargaan dan kenangan antara kedua-dua institusi juga telah dilaksanakan. Aktiviti Interaksi dua hala antara pelajar dari kedua-dua sekolah dijalankan bagi mengeratkan hubungan dan bertukar pandangan. Akhir sekali delegasi dibawa melawat sekitar sekolah seperti bilik darjah, asrama, makmal, surau dan kawasan pembelajaran lain.

Semoga lawatan ini memberi impak positif bagi meningkatkan pemahaman tentang sistem pendidikan Malaysia. Juga memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dan berkongsi pengalaman secara langsung, mengukuhkan hubungan silaturrahim antara dua institusi pendidikan Islam dan potensi kerjasama berterusan pada masa akan datang

Secara keseluruhannya, lawatan ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan hubungan yang terjalin ini dapat diteruskan melalui program-program kerjasama pada masa hadapan demi kecemerlangan pendidikan ummah.

BerilmuBeramalMemimpin

smihjb2026

Lawatanpenandaarasan2026

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda