Majlis Penyerahan Wakalah Zakat ANGKASA Johor dan Majlis Berbuka Puasa telah diadakan pada 9 Mac 2026, bersamaan 19 Ramadan 1447H di Maahad Johor. Program ini diadakan bagi menyampaikan amanah wakalah zakat kepada koperasi sekolah yang terpilih. Program ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara pihak ANGKASA Johor dan koperasi sekolah di negeri Johor dalam usaha memperkasa pengurusan zakat serta kebajikan warga sekolah.
Maklumat Program
| Perkara | Butiran |
| Program | Majlis Penyerahan Wakalah Zakat ANGKASA Johor dan Majlis Berbuka Puasa |
| Tarikh / Hari | 9 Mac 2026 / Isnin |
| Masa | 5.00 Petang – 8.15 Malam |
| Tempat | Maahad Johor |
Dalam majlis ini, Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru Berhad (Koperasi SMIHJB) telah terpilih daripada 6 buah senarai koperasi sekolah untuk menerima wakalah zakat daripada pihak ANGKASA Johor. Antara koperasi yang menerima wakalah tersebut ialah Koperasi At-Tanwiriah Muar Berhad, Koperasi Sekolah Menengah Islam As-Syddiq Simpang Koperasi Renggam Berhad , Sekolah Menengah Agama Attarbiah Al-Islamiah Batu Pahat Berhad dan Koperasi Maahad Johor Berhad.
Wakalah zakat tersebut telah diterima oleh Puan Seri Juli Emas Wati binti Adnan selaku Pengerusi Koperasi SMIHJB merangkap Pengetua Sekolah menengah Islam Hidayah Johor Bahru. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Suharti binti Selamat selaku Setiausaha Anggota Lembaga Koperasi SMIHJB dan tiga orang pengawas koperasi yang terdiri daripada Muhammad Khalid Al – Walid Bin Muhammad Muslim dan Muhammad Aaron Izrayyan Bin Muhammad Arief dari Tingkatan 4, dan Muhammad Bin Ezam dari Tingkatan 2.
Program bermula pada jam 5.00 petang dengan kehadiran para jemputan khas dan wakil dari 6 buah koperasi yang telah dipilih untuk penyampaian tersebut. Majlis tersebut juga turut diserikan dengan ucapan daripada Tuan Haji Sazali bin Abd Hamid, Pengerusi Angkasa Negeri Johor yang menekankan bahawa penyerahan wakil ini adalah perkongsian rezeki untuk tujuan pendidikan (Fisabilillah) dan semoga dapat dimanfaatkan untuk pendidikan di koperasi-koperasi sekolah. Majlis ini juga memberi pengiktirafan kepada koperasi sekolah yang aktif serta komited dalam menguruskan Kebajikan dan Pembangunan koperasi. Penerimaan wakalah zakat ini diharapkan dapat membantu memperkasakan lagi aktiviti Kebajikan dan Pembangunan dalam kalangan warga sekolah. Pengisian diteruskan dengan penyampaian tazkirah yang mengingatkan kepada hadirin tentang konsep bersyukur dan kelebihan beribadah pada bulan Ramadan.
Selepas sesi penyerahan cenderamata , para tetamu telah mengikuti Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung dalam suasana yang penuh keberkatan dan ukuwah. Program berakhir sekitar jam 8.15 malam. Semoga majlis ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha membantu golongan yang memerulkan di samping memperoleh banyak manfaat yang berterusan.
Disediakan oleh,
Pengurusan Koperasi SMIHJB
10 Mac 2026

WAKIL KOPERASI SEKOLAH YANG TERPILIH

WAKIL KOPERASI DARI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU