Alhamdulillah, Program Malam Taqarrub Ramadhan 2026 telah berjaya dilangsungkan di musolla SMIH JB.
Program ini disertai kira-kira 341 orang murid bersama ibu bapa. Ia dimulakan dengan bacaan doa munajat oleh Ustaz Azmen, diikuti iftar, pengisian Ramadan dan solat terawih yang dibimbing oleh Ustaz Firdaus. Para peserta turut beriktikaf di musolla sekolah serta meneruskan qiamullail dengan solat tahajjud sebelum sahur dan solat subuh.
Program ini dikendalikan oleh Unit Taamir SMIH yang diketuai oleh Us Rafiqi Hazim bersama guru-guru Unit Taamir.
Objektif program adalah untuk menghidupkan malam-malam akhir Ramadan melalui pelbagai aktiviti ibadah di samping mengeratkan silaturrahim antara murid, ibu bapa dan guru.
Secara keseluruhannya, Program Malam Taqarrub ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyokong dan menjayakan program ini.
Unit Ta’amir SMIH




