Smihjb | ✨DAURAH & IFTAR BATCH AXXIX PERTAMA 2026🌟🌟13 MAC 2026SMIH JB

Alhamdulillah, pada 13 Mac telah berlangsung Daurah pertama bagi batch AXXIX Ting 4 & disusuli dengan majlis iftar batch.

Bermula seawal jam 2.30 petang, murid melalui pengisian tentang “Generasi Quran yang Unik” & “Berinteraksi dengan Al-Quran”. Usai pengisian, murid menjalani aktiviti bersama bagi mengeratkan silaturahim sesama ahli batch.

Majlis diteruskan dengan iftar dan solat tarawih yang diimamkan oleh Sdr Adam Norhisam. Alhamdulillah, makanan iftar dan moreh ini ditaja sepenuhnya oleh ibu bapa murid AXXIX, terima kasih.

Sebelum bersurai, majlis diakhiri dengan pengumuman barisan MT Batch AXXIX sesi 2026 yang dipimpin oleh Sdr Harraz Taufiq sebagai Ketua Batch dan Sdr Wan Nur Khadijah sebagai Penolong Ketua Batch.

Keseluruhannya, Daurah dan Iftar Batch AXXIX ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan atas sokongan ibu bapa, murid dan guru-guru yang menjayakan program ini.

Guru Penyelaras Tarbiyah Ting 4 2026

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda