Majlis Khatam Al-Quran telah berlangsung pada Selasa, 17 Mac 2026 bersamaan 27 Ramadan 1447H dan dirasmikan oleh Puan Seri Juli Emas Wati binti Adnan.
Bertemakan “Izzah al-Quran, Izzah al-Ummah”, majlis ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar untuk mengenali, menghayati dan memartabatkan Al-Quran dalam kehidupan.
Antara pengisian ialah penyampaian hadiah kepada pelajar khatam Al-Quran serta pemberian duit raya kepada semua pelajar.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan berharap program ini terus menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran.






