Alhamdulillah thumma alhamdulillah, Unit Pusat Sumber Ibnu Rusyd telah melaksanakan program untuk barisan pengawas pusat sumber bagi tahun 2026.
Nama program : Program Pembangunan Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber
Hari : Sabtu
Tarikh : 28 Februari 2026
Masa : 8.30 – 11.30 pagi
Tempat : Pusat Sumber Ibnu Rusyd
Bilangan peserta : 26 orang pengawas pusat sumber
Bilangan guru : 6 orang guru pusat sumber
Program ini dianjurkan bagi :
Melahirkan sahsiah barisan kepimpinan pengawas pusat sumber yang berwibawa, bertanggungjawab, berketrampilan dan berdisiplin.
Memberi pendedahan asas kepimpinan, pengurusan, peraturan dan etika pusat sumber sekolah.
Mengeratkan ukhuwah dan memupuk semangat kerjasama pengawas pusat sumber.
Sepanjang program, peserta memberikan kerjasama yang sangat baik, mencatat info2 berkaitan tugasan pengawas pusat sumber dan mampu membina keberanian untuk bercakap dihadapan orang lain.
Secara keseluruhannya, program ini memberi impak positif bagi membentuk pengawas pusat sumber yang berdisiplin dan berkeupayaan dalam mengurus tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan cekap. InsyaaAllah






