Smihjb | Majlis Pemasyhuran PRS dan Pengawas BaharuSekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru

Pada 3 Mac 2026 (Selasa), telah berlangsung Majlis Pemasyhuran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Pengawas lantikan 2026 sempena perhimpunan rasmi sekolah.Seramai 36 orang PRS dan 36 orang pengawas telah dimasyhurkan secara rasmi selepas mula menjalankan tugas pada 12 Januari 2026. Pelantikan adalah berdasarkan komitmen dan potensi kepimpinan murid.

Majlis disempurnakan dengan bacaan ikrar oleh barisan qiadah sekolah terdiri dari semua PRS, pengawas dan kepimpinan KRS yang diketuai oleh Ketua Pelajar, Ahmad Faiz Azhar bin Fahrol Fahmy.

Majlis permasyhuran ini menjadi simbolik pelantikan rasmi serta permulaan tanggungjawab dalam membentuk kepimpinan pelajar yang berintegriti dan berdisiplin.

Diharapkan agar barisan qiadah SMIH JB terus komited dalam mendukung agenda sekolah untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beramal dan mampu memimpin dengan cemerlang.

Disediakan oleh,
Nur Hidayah Junaidi
Guru UPQ 2026
SMIH JB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda