SMIHJB | Pengetua SMIHJB Sertai Program GIFT UK

4 Mac 2026 — Program Global Immersion for Future-Ready Teachers (GIFT) melabuhkan tirainya dengan kepulangan kumpulan terakhir guru dari United Kingdom. Program ini merupakan inisiatif khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pengiktirafan kepada penerima Anugerah Hari Guru dan telah diumumkan oleh Fadhlina Sidek semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2025.

Seramai 32 orang guru telah ditempatkan di lima sekolah antarabangsa terkemuka, antaranya Marlborough College, Epsom College, Concord College, Stonyhurst College dan Fairview International School.

Program selama dua minggu ini memberi peluang kepada peserta menjalani job shadowing, pemerhatian pedagogi, serta perkongsian amalan terbaik dan kepimpinan sekolah di peringkat antarabangsa.

Pihak sekolah yakin pengalaman dan pendedahan global ini akan memperkukuh amalan pedagogi, budaya pembelajaran profesional serta kecemerlangan pendidikan di SMIHJB. 📎 Laporan penuh boleh diakses di pautan berikut:

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=122124623307106123&id=61583183699169&rdid=a4vLHBgzzZtscJBj#

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda