SMIHJB | KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI 2026

Alhamdulillah, Kursus Kepimpinan Organisasi kelas telah berlangsung dengan jayanya  pada 28 Februari 2026 yang lalu. Program tersebut dihadiri  peserta seramai 94 orang yang terdiri daripada ketua kelas, penolong ketua kelas, bendahari banin dan bendahari banat. Kursus ini berlangsung di Dewan Qadisiyah pada hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari

   Objektif kursus ini diadakan untuk memupuk keyakinan diri dalam kalangan pelajar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dalam sesuatu organisasi dengan penuh komitmen selain melahirkan pemimpin yang cekap dalam pengurusan dan berkarisma, berkeyakinan dan boleh bekerja dalam satu kumpulan dan mempunyai sahsiah yang murni. Selain itu, memberi kefahaman mendalam kepada peserta tentang pengurusan dan pentadbiran organisasi, cara kerja yang komprehensif dan mempunyai perancangan strategik. Pengisian bermula dengan penyampaian maklumat berkaitan tugas dan tanggungjawab ketua, penolong, bendahari kelas oleh unit Hal Ehwal Murid (HEM). Satu demonstrasi cara untuk mengisi kehadiran kelas menggunakan ‘Google Sheets’ juga dilakukan untuk memberikan kefahaman kepada peserta cara-cara mengisi kehadiran.  Seterusnya, slot ke -2 bertajuk  ‘Komunikasi yang Berkesan’ telah disampaikan oleh kaunselor sekolah, Ustaz  Adam Luthfie Abdul Razak. Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk latihan dalam kumpulan (LDK) untuk mencambahkan idea antara peserta. Insya-Allah semoga dengan kursus ini kita dapat memupuk nilai kepimpinan, semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda