Temasya Sukan Tahunan SMIH telah berjaya dilaksanakan pada :
Hari/ Tarikh :Ahad, 8 Februari 2026
Tempat : Stadium Olahraga Mount Austin
Masa :7.00 am-1.30 pm
Penglibatan : murid, guru , kakitangan bukan akademik dan ibu bapa.
Program ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama dalam kalangan murid. Pelbagai acara telah dijalankan termasuk perbarisan rumah sukan, acara balapan seperti larian 100 meter, 200 meter, 4×100 meter, 4×200 meter dan banyak lagi acara yang lain . Acara larian perppaduan turut dijayakan melibatkan beberapa sekolah jemputan di sekitar SMIHJB bagi hubungan silaturahim . Acara akhir sebagai penutup sukan telah diadakan terbuka kepada ibu bapa., alumni dan guru-guru.
Acara perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Ahli Parlimen Tebrau ) dan berlangsung dengan lancar hasil kerjasama semua pihak.
Sebagai kemuncak acara Sukan kita , Rumah Sukan Jaafar Attoyyari telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Temasya Sukan Tahunan kali ke-30.
Secara keseluruhannya, Temasya Sukan Tahunan Sekolah kali ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. daripada semua pihak .
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa, para dermawan ,barisan PIBG yang turut bekerjasama dalam menjayakan Temasya Sukan Tahunan 2026 ini.
Daripada ,
S/U Temasya Sukan
Sukan SMIHJB 2026












