Alhamdulillah murid-murid tingkatan 1-3 telah selesai mengikuti taklimat Kokurikulum telah yang diadakan di Sekolah Menengah Islam HIdayah pada :
Hari : Selasa (Tingkatan 1) , Khamis (Ting 2-3)
Tarikh : 13/1/ 2026 & 15/1/2026
waktu : 1.30-3.00 ptg /8.00-9.30 pagi
Tujuan program ini diadakan antaranya :
- memberi pendedahan tentang peluang mengembangkan potensi diri murid
- memberi pendedahan tentang polisi penyertaan murid dalam akriviti kokurikulum
- memberi pendedahan kepada murid-murid tentang pemilihan Kelab persatuan & Kelab permainan
- memupuk semangat juang dalam sukan dan aktiviti kokurikulum .
Taklimat Kokurikulum disampaikan oleh PK kokurikulum SMIHJB -Ustazah Norhawanis binti Samion . Beberapa perkara turut disentuh untuk tentang polisi sekolah tentang prosedur menjadi wakil sekolah , pelaksanaan aktiviti kokurikulum , cara kira markah PAJSK secara kumulatif daripada ting 1-5, proses dan cara data pajsk didokumenkan .
Program ini berjalan dengan baik dan semua murid memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang sesi berjalan . Murid turut diberi taklimat ringkas tentang Hari Sukan yang akan berlangsung bulan Feb nanti. Semoga pendedahan dan taklimat ini memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti Kokurikulum sepanjang tahun ini. .
Sekian,
SYIFA’ MOND HATTA
SETIAUSAHA 1
UNIT KOKURIKULUM SMIHJB 2026




