SMIHJB | Perspektif Psikologi dan Tingkah Laku Murid 2026

Tarikh: 8 Januari 2026
Tajuk: Perspektif Psikologi dan Tingkah Laku Murid
Penceramah: Assoc. Prof. Dr. Narina A. Samah (Universiti Teknologi Malaysia)

Kursus Perspektif Psikologi dan Tingkah Laku Murid telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada guru tentang kepentingan memahami aspek psikologi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini menekankan hubungan antara perkembangan emosi, kognitif dan sosial murid dengan tingkah laku yang ditunjukkan di sekolah.

Sepanjang sesi, penceramah membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku murid serta peranan guru dalam membimbing dan mengurus murid secara berkesan melalui pendekatan psikologi yang sesuai. Perkongsian contoh situasi sebenar membantu peserta memahami aplikasi teori dalam konteks bilik darjah.

Secara keseluruhan, kursus ini memberi manfaat kepada peserta dalam meningkatkan kefahaman & kesedaran terhadap keperluan murid yang pelbagai serta membantu guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan berkesan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda