SMIHJB | KHIDMAT MASYARAKAT TINGKATAN 1 2025

Alhamdulillah pada 16 Disember 2025 yang lalu pelajar Tingkatan 1 telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat sekitar sekolah. Seramai 160 pelajar tingkatan 1 dan 22 orang guru telah terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. 

Murid-murid telah dibahagikan mengikut seksyen masing-masing untuk menjalankan tugasan membersihkan pelbagai lokasi di sekitar sekolah. Seorang guru ditempatkan secara khusus bagi memantau aktiviti murid-murid semasa keseluruhan proses. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.00 pagi selepas sesi taklimat ringkas, diikuti tempoh rehat pada pukul 9.30 pagi.

Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Semoga aktiviti ini mencapai objektifnya untuk memberi kesedaran kepada murid tentang menjaga kebersihan persekitaran dan menanam sifat bermanfaat untuk orang lain.

PENGARAH KHIDMAS TING 1

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda