Alhamdulillah pada tarikh 29 November 2025 hingga 1 Disember 2025 telah berlangsungnya program Daurah Musleh Tingkatan 3, yang bertempat di Kem Latihan dan Rekreasi Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.
Program ini telah menghimpunkan wakil-wakil terpilih dari sekolah-sekolah MUSLEH seluruh Malaysia. Seramai 24 murid Tingkatan 3 Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah menyertai program tersebut.
Program tahunan ini dianjurkan bagi mengembangkan bakat calon pimpinan sekolah, mengeratkan ukhuwah antara pimpinan pelajar sekolah Musleh dan mendedahkan pelajar kepada realiti dunia yang memerlukan kepada usaha dakwah dan kebajikan.
Peserta-peserta telah melalui pelbagai sesi perkongsian daripada beberapa penceramah iaitu Hafiz Bai, Anas Kamarul Baharin, Raihanah Zakaria dan Amira Adzlan. Selain itu, terdapat sesi Misi Kembara, iaitu peserta dikehendaki menjalankan tugas pada Checkpoint yang berkenaan.
Antara intipati Resolusi Daurah Musleh Tingkatan 3:
Semua peserta Daurah Tingkatan 3 2025 perlu memberikan komitmen 100 peratus dalam melaksanakan setiap resolusi yang telah dipersetujui bersama secara syura
Rohani:
1. Mentadabbur ayat Al-Quran sekurang-kurangnya satu ayat setiap hari
2. Menunaikan solat tepat pada waktunya, dalam tempoh 30 minit selepas azan berkumandang
Rumah:
1. Sekurang-kurangnya berborak dengan ahli keluarga 20 minit seminggu
2. Beradab dengan ahli keluarga (mengawal emosi, kasih sayang, bercakap dengan intonasi yang baik dan tidak tangguh apabila diminta buat sesuatu sewaktu bersama keluarga)
Sekolah:
1. Melaksanakan 3S iaitu Senyum, Salam dan Sapa, serta sentiasa menjaga adab dan tutur kata ketika berinteraksi dengan komuniti di sekolah
2. Menjaga perhubungan (ikhtilat) antara banat dan banin dengan penuh beradab, baik secara dalam talian (online) mahupun offline
Semoga Resolusi yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan penuh amanah demi membina kader yang mampu menggalas tugas dakwah ke seluruh pelosok bumi, insha Allah
Guru pengiring Daurah kali ini ialah Ust Imran Omar dan Ustzh Norsamsidar Miskan.





