Pada tanggal 17-19 November 2025 telah berlangsung Ujian Amali Sains SPM di Sekolah Menengah Islam Hidayah, JB seperti yang dijadualkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Alhamdulillah, ujian ini berlansung dengan lancar. Pihak sekolah, terutamanya Bidang Matematik dan Sains ingin merakamkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak dalam memastikan kelancaran perjalanan Ujian Amali Sains.
Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan dan kerjasama yang diberikan. Semoga anak-anak Qaf beroleh keputusan cemerlang dalam SPM.
Disediakan oleh,
Ustazah Sulaimah binti Abd Wahid
Penyelaras Kanan Sains
Ujian Amali Sains
SPM 2025
SMIHJB





