Pada tanggal 15 sehingga 19 September 2025, telah berlangsung program lawatan sambil belajar ke Al-Ihsan Boarding School Riau (IBS). Program ini telah disertai oleh 2 guru dan 10 orang murid yang mewakili Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIHJB).
Program ini dilaksanakan bagi membuka ruang pembelajaran serta perkongsian secara lebih meluas merentas negara. Dengan visi dan misi yang selari, perkongsian di antara IBS dan SMIHJB berlangsung dengan lancar. Banyak pendedahan baru diterima dan boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan di institusi pendidikan masing-masing.
Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di IBS ialah sambutan kehadiran, perkongsian kepimpinan, perkongsian sesi pembelajaran, perkongsian pembangunan sahsiah, bersukan bersama, lawatan ke tempat bersejarah dan sebagainya.
Dengan sokongan dan dukungan semua ibu bapa, pihak IBS, serta pengurusan SMIHJB, alhamdulillah program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga dengan terlaksananya program ini mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah yang terjalin seterusnya terus membuka ruang untuk perkongsian dan pembangunan pendidikan Islam di rantau nusantara ini.










