Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menyertai Pertandingan Video Pendek Karnival Terbuka Antarabangsa Pasukan Badan Beruniform yang telah berlangsung bermula 1 Ogos 2025 sehingga 31 Ogos 2025.
Sebanyak 16 buah negeri yang terlibat dengan penyertaan 8086 bagi kategori sekolah rendah dan menengah yang bertanding. Acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut masakan kreatif, senaman kreatif, reka cipta, gubahan bunga, gubahan buah, kawad formasi dan memanah formasi.
Alhamdulillah Syukur Ya Allah , dengan komitmen yang diberi oleh guru PIC peserta SMIH telah berjaya mendapat keputusan yang membanggakan seperti di bawah :
JOHAN
- Senaman Kreatif (Perempuan)
- Memanah Formasi (Perempuan)
NAIB JOHAN
- Senaman Kreatif (Lelaki)
- Masakan Kreatif (Lelaki)
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengetua dan JPS sekolah atas sokongan dan dorongan yang membina serta guru pembimbing yang bertungkus-lumus melatih serta para peserta yang telah memberikan komitmen yang sangat baik. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa dan seluruh warga sekolah yang mendoakan kejayaan ini.
Semoga dengan kejayaan yang diperolehi menjadi motivasi kepada semua murid untuk menyerlahkan bakat dan potensi diri disamping membina keterampilan dan karakter sebagai murid yang cemerlang bukan sahaja di bidang akademik juga bidang kokurikulum. Pertandingan ini juga perlu bagi memangkinkan usaha sekolah untuk membina sahsiah yang terpuji.
Sekian, terima kasih.
disediakan oleh ,
Asma’ bt Mohd Masmuie
Pengarah,
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KARNIVAL TERBUKA ANTARABANGSA PASUKAN BADAN BERIUNIFORM
( OIC-PBB ) 2025
Unit KRS
Sek Men Islam Hidayah



