SMIHJB | KEJOHANAN MSSD MERENTAS DESA 2025

Tarikh: 10 April 2025
Tempat: SMK Kompleks Sultan Abu Bakar
Guru Pengiring:

  1. Ustaz Amin
  2. Ustazah Susanti

Penyertaan dan Pencapaian:

  1. Lelaki 18 Tahun – Adam Muaz bin Ben Faisal berjaya meraih tempat ke-16
  2. Lelaki 15 Tahun – Muaz Naufal bin Mohd Nor berjaya meraih tempat ke-39

Pencapaian ini amat memberangsangkan, memandangkan pertandingan disertai oleh ramai peserta dari seluruh daerah Johor Bahru. Kedua-dua peserta sekolah kita berjaya menempatkan diri dalam kelompok penerima pingat, iaitu sehingga tempat ke-40. Ini adalah hasil daripada latihan berterusan, komitmen tinggi serta semangat juang yang kental dalam kalangan atlet.

Sebagai umat Islam, kita meyakini bahawa setiap usaha yang dilakukan dengan penuh keikhlasan akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah An-Najm, ayat 39:

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.”

Ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada pihak Pengurusan Sekolah, barisan guru-guru, serta ibu bapa yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan anak-anak kita.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada para pelajar lain untuk terus berusaha, bersaing secara sihat serta menanam nilai disiplin, kesabaran dan tawakkal dalam setiap langkah.

“Berlari di dunia, menuju kejayaan di akhirat.”
Sekian, wallahua’lam.

Ustaz Mohamad Amin
Penyelaras Merentas Desa

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda