Perasmian Tema Bulan Qowiyyul Jismi
Tema bulan “Qawiyyul Jismi” yang dirasmikan pada tanggal 1 June 2024 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak MT asrama. Objektif mereka yang mulia adalah memastikan semua pelajar asrama dapat meningkatkan potensi dalam diri dan sentiasa sihat dari segi fizikal mahupun mental. Aktiviti-aktiviti yang disusun dengan teliti diharapkan dapat memperkukuhkan ikatan kekeluargaan di kalangan pelajar, meningkatkan “chemistry” di kalangan pelajar asrama dan memperbaiki tutur kata.
Khamis – 27 Jun 2024
Pihak MT asrama banin telah memberikan sedikit “teaser” atau taklimat berkaitan Hidayah Aspura Cup (H.A.C). Antara isi kandungan taklimat tersebut ialah penempatan program dan pembahagian ahli kumpulan . Pembahagian ahli kumpulan yang seimbang dan bercampur antara semua tingkatan membuatkan program ini lebih menarik dan berkarisma tinggi serta berlaku adil antara semua pihak. Pelajar Aspura diagihkan secara sama rata ke dalam 8 pasukan bola (1 Team terdiri daripada semua Form). Nama pertama dalam list tersebut dilantik sebagai ketua pasukan yang bertugas untuk merangka corak permainan, menetapkan pemakaian pasukan & membimbing pasukan ke arah kemenangan.
Pada 30 Jun 2024, aktiviti dimulakan selepas selesai solat Subuh secara berjemaah di Musolla Maududi. Setiap pasukan naik ke atas pada pukul 6.45 dan bersiap sedia sambil menunggu giliran untuk bertanding di padang Hidayah tercinta. MT Asrama telah bersiap sedia dengan lebih awal untuk memastikan peralatan yang akan digunakan telah disediakan dengan lebih awal agar tidak berlaku sebarang masalah semasa berlangsungnya pertandingan tersebut. Setelah tiba di padang, peserta bersedia bagi memulakan aktiviti dengan sesi bergambar secara beramai-ramai bersama semua pelajar dan MT Asrama. Selepas itu, pertandingan dimulakan mengikut pembahagian yang telah ditetapkan.
Pelajar asrama telah merancakkan lagi aktiviti ini dengan menunjukkan kebolehan dan semangat yang tinggi semasa aktiviti dijalankan. Terdapat banyak gambar yang telah berjaya ditangkap bagi mengekalkan setiap detik bersama untuk dijadikan simpanan dalam memori pada masa akan datang. Kerjasama yang baik yang diberikan oleh para pelajar telah menyebabkan aktiviti tersebut dapat memenuhi objektif sebenar yang ingin dicapai seperti persaingan secara sihat antara kumpulan. Pasukan yang berjaya mengumpul markah keseluruhan terbanyak akan memperoleh hadiah yang telah disediakan oleh pihak MT Asrama. Secara keseluruhannya, aktiviti H.A.C ini telah berjaya memberi banyak pelajaran kepada semua warga asrama. Program ini juga dapat merapatkan lagi ukhuwah di antara pelajar asrama tidak kira senior atau junior. Pihak MT Asrama juga berharap agar aktiviti sebegini dapat diadakan lagi bagi memeriahkan lagi suasana kehidupan di asrama.
Majlis Tertinggi Asrama
Sesi 2023/2024