Potensi atau bakat yang ada pada murid perlu dicungkil supaya kita dapat melihat kecenderungan mereka ke arah mana.
Menurut guru Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor, Cikgu Mohamad Fadzil Edris, tujuan diasah bakat murid adalah untuk melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang tertentu sekali gus berdaya saing mendepani Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
“Misalnya penganjuran Hari Bakat baru-baru ini, yang dilihat menjadi medan mengasah bakat mereka terutama pengucapan awam dan persembahan pentas.
“Acara tahunan ini adalah peluang terbaik menonjolkan kebolehan di hadapan penonton di samping meningkatkan kemahiran berbahasa murid-murid,” ujarnya kepada Sinar Bestari.
Cikgu Mohamad Fadzil yang menggalas tanggungjawab sebagai pengarah program berkata, Hari Bakat dapat membentuk murid memiliki keyakinan diri, kreatif dan inovatif bagi mendepani cabaran era digital dan teknologi kelak.
Sementara itu, guru besar, Cikgu Rohaida Ridzwan melahirkan rasa gembira kerana Hari Bakat berjaya mencungkil bakat terpendam para murid.
BERITA PENUH DI:
https://sinarbestari.sinarharian.com.my/sekolah-kebangsaan/hari-bakat-medan-asah-bakat-murid