SMIHJB | KEM RUKHSAH SOLAT TINGKATAN 2

Pada 6 September 2023, seramai 155 orang murid daripada tingkatan 2 telah
menyertai Kem Ibadah: Rukhsah Solat bersempena Bulan Akademik anjuran
Bidang Ilmu Wahyu Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.
Sepanjang kem ini dijalankan, murid telah diberi penerangan dan pengetahuan
secara keseluruhan tentang ilmu tayamum serta jenis-jenis solat sakit.
Murid-murid diberi peluang untuk melaksanakan praktikal iaitu simulasi tayamum
secara individu di bawah pantauan guru dan fasi yang bertugas. Murid juga
bekerjasama di dalam pasukan membuat aktiviti LDK iaitu penyelesaian masalah
situasi bagi solat sakit.
Diharapkan daripada kem ini, murid-murid dapat mengaplikasikan ilmu yang
diperoleh di masa akan datang serta dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Jutaan tahniah kepada murid-murid yang telah menyertai dan memberi kerjasama
dengan baik sepanjang kem berlangsung.

PENEMPATAN: 1. Tempat yang sesuai dan cukup ruang untuk menempatkan semua murid Tingkatan 2. PANTAUN/TENAGA KERJA: 1. Kekurangan guru (kerana ada komitmen lain dsb) dan kekurangan bilangan fasi menyebabkan guru/fasi terpaksa mengendalikan lebih daripada 1 kumpulan. Kesannya, pelajar berbual-bual dan bermain semasa tiada pantauan yang bertugas. AKTIVITI/PENGISIAN: 1. Pengisian adalah baik dan sesuai. Cuma kekangan masa kerana perhimpunan pagi tamat pada jam 8.10 pagi, menyebabkan pengisian tidak dapat disampaikan dengan sepenuhnya kerana kesuntukan masa. Perlu diperbaiki dari sudut masa. 2. Aktiviti yang disediakan sesuai peringkat umur. Cuma perlu ditambahbaik iaitu mereka idea aktiviti yang lebih menarik dan boleh melibatkan semua murid.

DILAPORKAN OLEH: NURUL NUHA BINTI ABDUL RAZAK SETIAUSAHA PROGRAM

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda