SMIHJB | KURSUS PPENGURUSAN JENAZAH TINGKATAN 3

Alhamdulillah kursus pengurusan jenazah dapat dilaksanakan bagi murid Tingkatan 3 sempena Bulan Akademik bagi Bidang Ilmu Wahyu.
Penyampaian utama oleh Ustaz Mudzakkir dan dibantu beberapa guru lain.

Program dimulakan dengan alunan zikir dan gimik jenazah yang ditutupkan dengan kain batik untuk mewujudkan perasaan dan suasana mengingati kematian.

Pelaksanaan kursus bersifat dua hala di mana guru memberi panduan awal berkaitan pengurusan jenazah, kemudian dilaksanakan oleh wakil murid untuk memantapkan ilmu yang dipelajari.

Kursus in melatih murid dengan kemahiran berikut melalui simulasi secara praktikal seperti:

  1. Tindakan awal terhadap jenazah
  2. Adab menziarahi jenazah
  3. Memandikan jenazah
  4. Mengkafankan jenazah
  5. Solatkan Jenazah
  6. Pengebumian jenazah

Sesi kuiz yang dibuat juga dapat membantu kefahaman dan penguasaan murid.

Semoga murid-murid mendapat manfaat dari kursus yang dianjurkan sebagai panduan asas menguruskan jenazah sewaktu diperlukan nanti, insyaAllah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda