Pada 14 Julai 2023, Panitia Pendidikan Syariah Islamiyah, SMIH telah mengadakan program bengkel teknik menjawab subjek Pendidikan Syariah Islamiyah untuk semua calon SPM 2023.
Bengkel teknik menjawab ini telah dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Naufal Bin Ahmad Taib, guru dari Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing. Beliau berpengalaman selama 8 tahun mengajar subjek Pendidikan Syariah Islamiyah. Beliau juga merupakan JUK PSI KSSM (Juri Latih Utama Kebangsaan) dan penanda kertas 5228.
Semoga usaha ini dapat memberi semangat juang yang tinggi dalam meraih A+ dalam subjek PSI. Ameen.