PPH | Libat Urus Pengoperasian Sekolah

Johor Bahru – Telah berlangsungnya sesi Libat Urus Pengoperasian Sekolah pada 11 Februari yang lepas secara dalam talian. Sesi ini dikendalikan oleh Pegawai Sumber Manusia beserta Pengurusan Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru. Seramai lebih kurang 200 ibu bapa yang turut serta dalam sesi ini.

Sesi ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada para ibu bapa bertanya dan memberikan pandangan berkenaan pengoperasian sekolah kepada pihak pengurusan.

Pelbagai soalan dan pandangan yang bernas diterima dari pihak ibu bapa. Moga sesi ini memberikan kejelasan dan pencerahan kepada para ibu bapa yang telah memberikan kepercayaan kepada pihak sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir dan memberikan maklum balas sepanjang sesi tersebut.

Dapatkan rakaman sesi libat urus disini: Rakaman Sesi Libat Urus sesi 2023

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda