SMIHJB | MABIT DAURAH TINGKATAN 2

Bertarikh 3 dan 4 November 2022 lalu telah berlangsung Mabit dan Daurah Tingkatan 2. Seramai 86 pelajar banin dan 78 pelajar banat telah hadir. Objektif mabit dan daurah ini antaranya untuk membina individu muslim yang mencintai Allah dan berhemah dalam bergurau senda.

Penyampai pengisian program mabit kali ini ialah Ustaz Azmen manakala pengisian daurah disampaikan oleh Akhi Muaz Md Ariff, batch 17.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya ice-breaking, tazkirah, ceramah, qiamulail, dan riadah. Program ini dikendalikan oleh pelajar PRS Ting 4 di bawah bimbingan Guru Penyelaras Tingkatan 2 terdiri daripada Ust Kamarul Kalam, Ust Rapii, Ust Rosmawati Ahmad, Ust Nor Samsidar dan Ust Nurul Liyana serta mentor Tingkatan 2.

Melalui program Mabit dan Daurah ini pelajar dilatih melazimi amalan seperti solat berjamaah, al Ma’thurat pagi dan petang dan membaca surah Al Mulk sebelum tidur. Pelajar juga dapat membina ukhuwwah di kalangan mereka melalui aktiviti yang dilaksanakan bersama-sama. Memperoleh manfaat daripada program ini untuk membina diri menjadi individu yang soleh wa musleh.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda