SRIHJB | PEMERIKSAAN KESIHATAN SEMPENA KEMPEN SIHAT SEPANJANG HAYAT GURU SRIH JB

ALHAMDULILLAH ..syukur atas pertolonganNya program pemeriksaan kesihatan guru berjalan lancar bermula jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 12:00 tengah hari Khamis 4 Ogos 2022.
Seramai 86 peserta yang menyertai pemeriksaan merangkumi pengambilan darah, urine, tekanan darah, ukur berat dan tinggi.

Seramai 6 orang doktor yang hadir diketuai oleh Dr Marwanhadiid bin Nazarudin,Pengerusi IKRAMHEALTH JOHOR selaku perunding dan pelaksana program.

Kos pemeriksaan kesihatan ini dibiayai bersama oleh PIBG SRIH, YPH dan peruntukan kebajikan guru SRIH.Aktiviti ini merupakan salah satu program sempena Kempen Sihat Sepanjang Hayat Guru SRIH yang sedang berlangsung sehingga 20 September 2022.

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada semua guru SRIH untuk terus mendidik generasi soleh, musleh dan cemerlang.

SIHAT UNTUK SEJAHTERA

Dilaporkan oleh,
Wan Rudzina Wan Mansor
Pengurus Tarbiah dan Kebajikan Guru
Sekolah Rendah Islam Hidayah JB.

4 OGOS 2022

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda