SRIHJB |KANGAROO MATH COMPETITION 2022

Syukur alhamdulillah, pada 19 Jun 2022, seramai 90 orang murid Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru telah menyertai pertandingan Kangaroo Math sesi 2022.

Kategori yang dipertandingkan ialah Pre-Ecolier untuk tahun 1 dan 2, Ecolier untuk tahun 2 dan 3, serta Benjamin untuk tahun 5 dan 6.

Satu pengalaman baru dan menarik bagi murid tahun 1 dan 2 kerana pertama kali mereka perlu menjawab soalan peperiksaan aras tinggi dan juga didedahkan dengan cara menjawab kertas omr.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa atas penyertaan yang memberangsangkan pada kali ini. Setelah murid-murid berusaha menjawab semua soalan dengan penuh gigih, sekarang tiba masanya untuk kita berdoa dan bertawakal. Mudah-mudahan kejayaan milik kita semua.

من جد وجد

Panitia Matematik SRIHJB 2022

LAMPIRAN GAMBAR

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda