Alam persekolahan bermula, pelbagai persiapan dilakukan bukan sahaja oleh ibu bapa, malah dalam kalangan pelajar sendiri.Ini termasuk persiapan diri dengan rambut yang pendek serta kemas.
Sehubungan itu, Unit Disiplin Sekolah Rendah Islam Hidayah telah menyediakan khidmat gunting rambut kepada murid-murid yang inginkan perkhidmatan tersebut. Ini merupakan program pertama kali diadakan sebagai satu inisiatif khidmat masyarakat yang boleh diberikan oleh sekolah.
Penolong Kanan HEM, Zaleha binti Daud memberitahu, tiga orang tukang gunting diberi tanggungjawab menggunting rambut murid-murid dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
“Setiap murid yang mendaftar untuk menggunting akan dikenakan caj bayaran yang lebih rendah berbanding diluar iaitu RM 5 sahaja,” katanya.
Ketua Program, Mohamad Fadzil bin Edris, menambah, aktiviti ini merupakan perkongsian pintar yang dibuat oleh sekolah dan pihak professional luar yang boleh menyumbang khidmat gunting rambut yang lebih baik.
“Ini merupalan projek pertama kita. Seramai 30 orang murid kita tawarkan untuk mendapatkan khidmat ini,” katanya.
Tambah Mohamad Fadzil lagi, langkah mengadakan program tersebut bagi membantu ibu bapa yang sibuk dan tiada masa untuk menghantar anak gunting di luar. Dalam hari yang sama, aktiviti gotong royong membersihkan kelas sebelum pembukaan sekolah juga diadakan.
Seorang bapa, Mohd Nor, yang ditemui ketika menghantar anaknya mendapatkan khidmat gunting rambut berkata, program ini sangat bagus diadakan. Dengan caj yang lebih rendah dan dua aktiviti yang bergabung, memudahkan kerjanya yang tidak sempat untuk hantar anaknya ke kedai gunting rambut di luar.
Mohamad Syahiran, seorang tukang gunting yang bertugas, menyifatkan program ini menjadi ruang untuk beliau menyumbang khidmat kepada masyarakat terutama warga sekolah dengan memberikan khidmat gunting rambut tersebut. Beliau berharap program ini dapat diteruskan.
Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Alhamdulillah perjalanan program berjalan lancar. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak tukang gunting yang berkhidmat, pihak guru yang menguruskan dan ibu bapa yang memberikan komitmen. Justeru, diharapkan program ini dapat diteruskan di masa akan datang.
Lampiran Gambar