Sabtu, Google Meet: Pada hari Sabtu (22.1.2022) yang lepas, sesi taklimat libat urus pengoperasian sekolah telah berlangsung dengan jayanya antara pengurusan PPH dengan ibu bapa. Seramai 320 ibu bapa yang hadir (250 google meet dan 80 di youtube LIVE) bagi mendengar penerangan beserta bersoal jawab berkenaan pengopersian sekolah.
Menjelang 2022 ini, beberapa perubahan pengoperasian sekolah telah berlaku seperti pembayaran melalui Senangpay di E-Waris, kelas dalam talian dan penggiliran sekolah. Segala persoalan dan cadangan yang timbul dijawab dengan baik oleh Ketua Eksekutif PPH, Guru Besar, Pengetua dan Ketua Kawalan Kewangan.
Antara soalan yang ditanya adalah:
“Memandangkan terdapat kekangan seperti dinyatakan tu dari pihak ibu bapa dan juga sekolah, ada pertimbangan untuk pindaan/kurangkan yuran secara keseluruhan untuk semua? Sekurang kurangnya sepanjang pdpr dan penggiliran. Mohon pencerahan.”
“Assalamualaikum..KKM baru-baru ada keluarkan kenyataan yang vaksin utk kanak2 berumur 5-11 tahun akan mula dijalankan bermula Februari 2022. Untuk pelajar SRIH, adakan ia akan diwajibkan atau tidak?”
Jawapan bagi soalan-soalan ini telahpun dijawab oleh pihak pengurusan PPH.
Boleh tonton semula rakaman bagi sesi ini di pautan ini: Rakaman Sesi Taklimat Libat Urus Pengoperasian Sekolah
Atau rakaman yang lebih jelas disini: Rakaman Youtube
Semoga sesi ini akan membantu pengoperasian sekolah berjalan dengan lebih lancar bagi sesi 2022 ini.