14 – 16 Ogos 2021
Seramai 4 orang murid SRIH BP telah menduduki ujian dalam talian Pertandingan Olimpiad Matematik. Keputusan pertandingan telah diterima dan salah seorang murid iaitu Shafiq Nazhan bin Mohd Shalahuddin mendapat ‘Merit’ dalam pertandingan ini.
Tahap soalan Olimpiad Matematik ini ialah soalan peringkat sekolah menengah dan universiti. Oleh itu, tahniah diucapkan kepada semua peserta pertandingan kerana berani menyahut cabaran.
Semoga pertandingan ini memberikan pengalaman bermakna buat mereka.