Kursus Kecemerlangan Guru Bahasa Melayu


Pada 17 Mac 2018 – Telah diadakan Kursus Kecemerlangan Guru Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah Islam Hidayah anjuran Panitia Bahasa Melayu di Dewan Mesyuarat Hudaibiyah. Kursus bermula pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.

Antara objektif kursus adalah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan guru dan menjalin hubungan antara sekolah-sekolah dalam komuniti setempat.

Kursus telah disampaikan oleh penceramah yang sangat dikenali dalam bidang bahasa, Tuan Nor Azizi b. Hj. Md Isa, seorang Munsyi Dewan dari negeri Perak Darul Ridzuan.

Seramai 14 orang guru Sekolah Rendah Islam Hidayah dan 48 orang guru daripada 33 buah sekolah SK dan Sekolah Swasta turut bersama menyertai kursus tersebut.

Semua peserta telah diberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. Mereka telah membawa pulang mutiara ilmu yang sangat bernilai hasil perkongsian bersama munsyi dewan ini.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan di sekolah masing-masing.

Bersama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda