Smihjb | Program Masjid Tour dan Silang Budaya Kelab Rakan Hidayah 2023

6 December 2023

Program Masjid Tour @ Silang Budaya ini dianjurkan oleh Hidayah Centre Foundation bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) pada 6 Disember 2023. Peserta yang terlibat adalah murid-murid dan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Chih. Seramai 14 orang murid Sekolah Menengah Islam Hidayah yang juga terdiri daripada ahli Kelab Rakan Hidayah telah dijemput untuk menjadi sukarelawan di dalam program ini. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang cara berinteraksi secara harmoni dalam masyararakat majmuk di samping mendapatkan peluang untuk menyampaikan keindahan Islam kepada masyarakat bukan Islam.Program yang diadakan di Masjid Sultan Iskandar,Bandar Dato Onn, Johor Bahru telah dimulakan dengan aktiviti ”How Do I Look in Hijab” di mana peserta akan dipakaikan tudung oleh sukarelawan. Peserta kelihatan teruja apabila mengenakan tudung dan memakainya hingga akhir program. Selepas itu diadakan sesi penerangan dan soal jawab bersama dengan Pengerusi MACMA Johor, Encik Hj Mohd Saiful Choo. Sejurus selepas itu, diadakan Demonstrasi Wudhuk. Di sini sukarelawan dari Ahli Kelab Rakan Hidayah diberi tanggungjawab untuk membuat demontrasi di samping membimbing para peserta untuk mengambil wudhuk. Ramai peserta-peserta cilik lelaki merebut peluang untuk mengambil wudhuk. Aktiviti berakhir dengan para peserta, guru-guru dan para sukarelawan bergambar dan makan tengah hari bersama. Sebelum pulang, ahli kelab telah berkunjung ke Galeri Masjid untuk diberikan pendedahan tentang sejarah Islam bagi persediaan untuk program sukarelawan akan datang.

Kongsikan dan Sebarkan