Satu seminar telah diadakan secara atas talian pada 1 Dis 2023 untuk ibu bapa yang telah membuat permohonan kemasukan anak ke SMIH bagi sesi 2024/2025.Seramai 125 orang ibu bapa telah hadir secara atas talian. Seminar tersebut telah melibatkan 3 ahli panel dengan tajuknya masing-masing :
- Tn Hj Mohd Jelani bin Ramly, Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Islam Hidayah dengan tajuk Misi, Visi dan Falsafah Sekolah Islam Hidayah
- Tn Hj Ahmadon bin Bakri, Pengurus Besar Yayasan Pendidikan Hidayah dengan tajuk Dana dan Sejarah Pembangunan Sekolah
- Ustaz Adam Lutfie bin Abd Razak, Kaunselor Sekolah Menengah Islam Hidayah dengan tajuk Pengoperasian Sekolah
Alhamdulillah seminar dapat ditamatkan pada jam 10.45 malam.