SMIHJB | PROGRAM MABIT ( Malam Bina Iman dan Taqwa ) Tingkatan 5 kali ke -2 tahun 2023

29 October 2023

Pada 21 dan 22 September telah diadakan program MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa) bagi pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Islam Hidayah. Ini adalah program MABIT ke 2 bagi tahun ini.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Walk the Talk pada perang Khamis dan pada malam pula ialah slot gacor Selagi Mampu!.
Jumaat pagi pula para pelajar mengikuti pengisian Daurah yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Mabit ini dikendalikan di bawah bimbingan Guru Penyelaras Batch Accrux 25 dan dibantu oleh guru-guru murabbi dan mentor Tingkatan 5.

Melalui program Mabit dan Daurah ini pelajar dilatih melazimi amalan seperti solat berjamaah, qiamullail, al Ma’thurat pagi dan petang dan membaca surah Al Mulk sebelum tidur.

Pelajar juga dapat meningkatkan kefahaman Islam dan berpeluang membina ukhuwwah dalam kalangan mereka melalui aktiviti yang dilaksanakan bersama-sama.

Alhamdulillah program Mabit dan Daurah Tingkatan 5 ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa, pelajar dan guru-guru yang menyumbang usaha menjayakan program ini.

Semoga anak-anak Acrux ini mendapat rahmah dan hidayah Allah swt jua.

Kongsikan dan Sebarkan