SMIHJB | PERBENTANGAN AMALAN MINDA SIHAT DI SEKOLAH

29 October 2023

Pada 18 – 19 Oktober 2023 yang lepas, Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah menghantar 3 orang pelajar untuk membentangkan amalan minda sihat sekolah ini di Putrajaya. Dalam program ini, SMIH telah memilih tajuk “Keluarga Penyayang” dalam usaha mempertengahkan keunikan SMIH. SMIH merupakan 1 daripada 20 institusi pendidikan yang terpilih oleh pihak penganjur semasa proses saingan awal. Pasukan dari institusi pendidikan yang lain terdiri daripada kolej, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), sekolah menengah harian, MRSM, sekolah seni dan sekolah keperluan khas.

            Selain daripada perbentangan, pelajar juga di minta untuk mendirikan booth sepanjang dua hari program. Booth ini bertujuan untuk memperkenalkan dan pertengahkan SMIH serta tajuk pembentangan untuk pihak lain yang datang ke program ini. Ini kerana selain daripada peserta pembentangan, program ini juga dihadiri oleh warga pendidik sekolah dan universiti dari dalam dan luar negara untuk program persidangan antarabangsa kaunselor pendidikan ini.

            Sepanjang program juga, pelajar di benarkan untuk menyertai mana – mana bilik pembentangan lain di masa lapang untuk mendapatkan ilmu yang baru. Semua tajuk yang ada ialah berkaitan kaunseling dan kesihatan mental. Pada 3.00 petang 19 Oktober 2023, Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek datang ke setiap booth untuk berjumpa dengan para pelajar sebelum membuat perasmian penutup. Pelajar di minta berkemas dan balik selepas program tamat sekitar 4.00 petang.

Kongsikan dan Sebarkan