SMIHJB | MABIT DAN DAURAH BATCH ACRUX KALI KE-3

29 October 2023

Pada 12 dan 13 Oktober yang lalu telah dilaksanakan program MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa) bagi pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Islam Hidayah(Batch Acrux). Ini adalah program MABIT ke 3 dan terakhir bagi tahun ini.

Program kali ini telah dirancang sebaiknya oleh para guru penyelaras tarbiah Tingkatan 5 iaitu Ust Muhd Ubadah, Ust Adam Luthfie, Ustzh Norzahriah dan Ustzh Fazureen.

Program bermula sebaik selepas asar iaitu aktiviti Explorace berkumpulan. Aktiviti Explorace diadakan dengan objektif iaitu menjelaskan kepada pelajar bahawa maksiat menghalangi ilmu. Lapan check points perlu dilalui oleh peserta dan pada akhir aktiviti Explorace ini peserta membuat kesimpulan. Hadiah diberikan kepada 3 kumpulan banin dan 3 kumpulan banat yang terbaik.

Seterusnya, sebaik selepas Maghrib bermula program Keindahan BersamaMu (KBM) yang dikendalikan oleh Tuan Haji Mokri bin Sabran. Bagi program KBM peserta melalui modul Inteam, Meniti angin Malam dan Di antara Mata dan Hati. KBM berakhir pada pukul 11.30 malam.

Keesokannya, seawal pukul 4.00 pagi peserta mula bangun untuk melaksanakan Qiamulail. Setelah selesai Khidmat Diri dan sarapan, program Daurah batch dilaksanakan dengan pengasingan banin dan banat. Tajuk daurah ialah Ilmu dan Fikrah yang disampaikan oleh Ust Baihaqi Mohd Hatta (banin) dan Ustzh Norhawanis Samion (banat). Daurah ini diakhiri dengan slot gacor latihan Dalam Kumpulan pada pukul 11.15 pagi.

Diharapkan peserta dari batch ke 25 yang diberi nama ACRUX ini dapat mengutip mutiara-mutiara tarbiah buat bekalan perjalanan yang panjang dan sukar terutama saat menghadapi SPM dan dunia luar. Pihak tarbiah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong program seumpama ini yang pastinya menjadi antara faktor dalam pemilihan Sek Men Islam Hidayah buat anak-anak harapan ummah ini.

Diharapkan agar anak-anak Batch Acrux terus thabat dan istiqamah melalui jalan-jalan pentarbiahan diri. Semoga Allah swt menetapkan kita di atas jalanNya yang benar.

Kongsikan dan Sebarkan