SMIHJB | INTERNATIONAL ECO NATURE RUN’23

26 September 2023

Pada tanggal 16 September 2023, alhamdulillah selesai sudah Larian International Eco Nature Run 2023 yang berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor.

Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah menghantar seramai 73 orang banin dan 43 orang banat beserta 6 orang guru pengiring dengan 3 buah bas bagi Larian IENR23 secara bersemuka pada tahun ini. Namun, terdapat juga beberapa peserta yang datang sendiri bersama keluarga mereka bagi larian ini.

Sebahagian besar murid SMIHJB telah mendaftar secara maya dan larian telah diselesaikan sebelum 16 September lagi. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menyertai dan berjaya menamatkan larian 6KM yang ditetapkan dalam International Eco Nature Run pada tahun ini.

Tahniah juga kepada beberapa orang murid SMIHJB yang telah berjaya dalam larian ini serta bagi yang bertuah memenangi sesi cabutan bertuah yang diadakan sewaktu acara ini berlangsung.

Berikut Laporan Keputusan Larian Eco Nature Run 2023 bagi SMIH Johor Bahru :

Lelaki Bawah L15
Tempat Ke-3 : Darwisy Aminudin Bin Mohd Firdaus (3 Istiqamah)
Tempat Ke-4 : Muhammad Amir Shahid Bin Rofazlin (3 Intisor)
Tempat Ke-5 : Muhammad Ali Zaki Bin Mohd Azam (3 Intisor)
Tempat Ke-6 : Muhammad Syahmi Bin Omar (3 Mahabbah)
Tempat Ke-10 : Muaz Naufal Bin Mohd Nor (1 Ihsan)

Lelaki Bawah L18
Tempat Ke-4 : Adam Darwisy Bin Ben Faisal (5 Imtiyaz)
Tempat Ke-7 : Farhan Khalis Bin Mohd Halim (5 Ikhlas)

Perempuan Bawah L18
Tempat Ke-2 : Aleeya Najwa Binti Md Nor Azan (4 Indibadh)

Cabutan Bertuah :
Muhammad Ali Zaki Bin Mohd Azam (3 Intisor) – Skuter Elektrik
Maryam Nusaibah Binti Mohd Nor (3 Itqan) – Jam Tangan Garmin

Alhamdulillah dan tahniah sekali lagi kepada semua peserta yang terlibat dalam International Eco Nature Run 2023 secara maya dan bersemuka. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya ibu bapa yang sangat memberi kerjasama dalam pembangunan diri anak-anak SMIH menjadi insan soleh, musleh dan cemerlang di dunia dan akhirat. Luaskan kuasamu SMIH.

Jazakumullahu khairan kathira. Jumpa lagi di IENR24@IENVR24

HILSHA BINTI HASHIM
PENGURUS PASUKAN SMIH
ECORUN 2023

Kongsikan dan Sebarkan