SMIHJB | LAWATAN SMPIT INSAN CITA SERANG, INDONESIA KE SEK MEN ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU

25 September 2023

Pada 20 September 2023, Sekolah Menengah Islam Hidayah berbesar hati menerima kunjungan muhibah dari 33 orang murid dan 2 guru daripada SMPIT Insan Cita Serang.

Tetamu diraikan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Ustazah Norhawanis Samion, diikuti dengan penerangan ringkas mengenai Sekolah Menengah Islam Hidayah oleh puan pengetua, Ustazah Seri Juli Emas Wati Adnan. Turut hadir meraikan tetamu adalah ahli-ahli jawatankuasa pengurusan sekolah dan murid-murid tingkatan 3 dan 4.

Majlis di Dewan Qadisiyah itu diserikan dengan ucapan balas daripada guru pengiring sekolah pelawat iaitu Ustaz Abdul Aziz Al khusyaeri. Seterusnya para tetamu disajikan dengan persembahan ‘choral speaking’ dan bicara berirama oleh murid tingkatan 3 Itqan dan 4 Abqari. Para tetamu juga berpeluang melawat sekitar kawasan sekolah.

Semoga lawatan ini membawa rahmah dan kebaikan untuk warga SMIH dan SMPIT Insan Cita Serang.

smihjb23
Ilmu#amal#memimpin

Kongsikan dan Sebarkan