SMIHJB | BULAN AKADEMIK ANJURAN BIDANG TAHFIZ

15 September 2023

Alhamdulillah..thumma Alhamdulillah…pada minggu lepas bertarikh 6 September 2023 hari Rabu bermula pukul 2.00 petang sehingga pukul 4.00 petang telah berlangsungnya beberapa pertandingan anjuran Bidang Tahfiz seperti “Pertandingan Tilawah Al-quran Gaya Qari” dan “Pertandingan Hafazan” mengikut level masing-masing yang melibatkan pelajar-pelajar tahfiz Level 2 dan 3 bersempena Bulan Akademik. Mereka telah diuji melalui ayat-ayat hafazan yang mereka hafaz di dalam kelas. Dengan penglibatan para pelajar sebagai aktiviti di luar kelas ini telah menunjukkan bakat masing-masing dengan baik di samping kepercayaan rakan-rakan sekelas kepada para peserta untuk mewakili kelas mereka. Tahniah kepada para peserta yang berjaya dalam pertandingan tersebut. Semoga ianya menjadi titik tolak untuk mengembangkan lagi usaha dalam meneruskan ilmu Al-quran disemat dalam jiwa anak-anak Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.InsyaAllah..

Pertandingan hafazan Banat L2

pertandingan tilawah gaya qari L2 banat T1 dan T2

Pertandingan Qari.

Kongsikan dan Sebarkan