SMIH JB | OPEN LIBRARY

21 August 2023

Bermula 14 Ogos 2023 hingga 24 Ogos 223, Unit Pusat Sumber mengadakan program Open Library.

Program ini dijalankan di dalam dan sekitar pusat sumber sekolah. Tujuan utama program ini dijalankan adalah mencungkil bakat murid dalam pengucapan awam secara kelompok kecil dan memupuk minat membaca sekaligus berkongsi bahan bacaan kepada orang lain.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah cerita bahan bacaan yang dibaca kepada rakan dan pemberian markah QR Points kepada murid yang membaca buku semasa program berlangsung.

Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang baik daripada kalangan banat menengah rendah.
Semoga usaha ini dapat membina keyakinan dan mencungkil bakat murid dalam pengucapan awam.

Kongsikan dan Sebarkan