SMIHJB | SEPUTAR PENGAMBILAN KEPUTUSAN SPM 2022 DAN SPPIM

9 June 2023

Pada 8 Jun 2023, keputusan SPM 2022 telah diumumkan dan penyerahan slip keputusan telah dilakukan di Dewan Qadisiah, SMIH JB. Seramai 135 calon telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun lepas dan alhamdulillah kesemua mereka telah LULUS dalam peperiksaan tersebut.

Bilangan calon yang mencapai keputusan ‘straight A’s’ adalah 13 orang, dengan seorang calon mendapat keputusan 11 A+. Peratus calon yang mendapat 6A dan ke atas adalah 40%.  

Dalam pada itu, keputusan SPPIM (Syahadah Pentaksiran Pelajar Ikram Musleh) juga telah dikeluarkan dengan peratus kelulusannya adalah 100%. Seramai 44 orang murid mendapat ‘straight A’s’

Tahniah dan syabas  diucapkan kepada semua calon SPM 2022, ‘Batch Chromium’  di atas kejayaan yang diraih. 

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang penyerahan slip keputusan sijil SPM 2022 dan SPPIM:

Gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.

https://photos.app.goo.gl/twcBfhgeC9rQAuHY8

Kongsikan dan Sebarkan