SMIHJB | PROGRAM MALAYSIAN FUTURE LEADER SCHOOL (MFLS) 2022

Pada 11 – 14 April 2022, 5 orang pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah telah dihantar untuk menyertai program MFLS Kohort 3 yang berlangsung secara dalam talian. Program ini juga disertai oleh beberapa buah sekolah yang lain antaranya SM Sains Kota Tinggi, SM Sains Kota Tinggi, MRSM Mersing dan 11 sekolah yang lain lagi.

 

Program berlangsung menggunakan medium Google Meet di mana pe

lajar dari setiap sekolah akan beraktiviti dengan pihak pengurusan program yang menggelar diri mereka Coach. Dalam satu hari, pelajar akan melalui 3 hingga 4 modul. Program akan bermula dari pukul 2 petang dan berakhir sekitar 5.45 petang setiap hari.

 

Setiap modul yang pelajar lalui, mereka akan di nilai oleh coach dari sudut komunikasi, kreativiti dan kepimpinan. Manakala hari ke-4 mempunyai penilaian melalui Google Form untuk menguji kefahaman pelajar dari sudut pengetahuan am serta keseluruhan modul yang dipelajari. Sekiranya pelajar berjaya melalui siri ini, mereka akan berkesempatan ke pihak seterusnya.

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda