SMIHJB | Ceramah Obesiti

Pada 30 Mei 2022, bertempat di Musolla Banin dan Dewan Qodisyiah Sek. Men. Islam Hidayah Johor Bahru, telah berlangsung ceramah kesihatan bertajuk “Perangi Obesiti”. Program kesihatan ini berlangsung diatas kerjasama dengan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia, cawangan Klinik Kesihatan Kempas. Seramai 10 orang staff Klinik Kesihatan Kempas telah turun padang bagi menjayakan program ini. Mereka merupakan staff yang mengambil lanjutan Diploma dalam Pendidikan Diabetik.

Didalam ceramah ini para pelajar didedahkan dengan faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti dalam kalangan masyarakat sekarang. Pengambilan makanan segera yang berkalori tinggi serta rendah nutrisi menyumbang kepada salah satu faktor bertambahnya kadar obesiti. Tambahan pula dengan gaya hidup yang kurang aktif meningkatkan lagi kadar obesiti dalam kalangan masyarakat zaman ini.

Diakhir program, pelajar telah diajar senaman ringgan yang boleh mereka lakukan sendiri tanpa mengira masa dan tempat. Diharapkan dengan senaman yang ringkas ini dapat menjadi amalan yang bakal mencetuskan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.

Program ini diakhiri dengan pemberian saguhati dari pihak sekolah tanda penghargaan diatas usaha dan masa yang telah dicurahkan oleh pihak penceramah. Diharapkan program kerjasama akan dapat diteruskan dimasa akan datang dalam membentuk generasi anak muda sihat jasmani dan akhlaknya.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda