SRIHJB: KENYATAAN RASMI PIBG SRIH JB

25 April 2021

Kepada Ibu Bapa dan Penjaga Anak-Anak SRIH JB,

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Pihak PIBG SRIH JB amat menghargai langkah pantas pihak PPH menutup sementara SRIH Johor Bahru bagi mengekang penularan kes COVID-19 di sekolah. Langkah ini dilakukan untuk memastikan anak-anak serta warga hidayah yang lain dapat dilindungi dari dijangkiti COVID-19. Pihak PIBG amat berharap agar semua ibu bapa dan warga hidayah dapat memberikan sepenuh kerjasama dalam menjayakan usaha ini. 

Terima kasih kepada pihak sekolah yang memastikan proses pembelajaran dan pengajaran tidak akan terjejas dengan mengadakan kelas dalam talian semasa tempoh penutupan sekolah ini. 

Pihak PIBG ingin menarik perhatian semua ibu bapa supaya mengambil langkah-langkah berikut selepas sekolah dibuka nanti:-

i) Pastikan diri sendiri dan ahli keluarga sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa

ii) Tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika ibu bapa atau ahli keluarga ada simpton COVID-19 seperti selesema, sakit tekak dan demam.

iii) Memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar segera jika diri sendiri atau ahli keluarga menjadi kontak rapat atau disahkan positif COVID-19.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar anak-anak serta warga SRIH dilindungi daripada jangkitan COVID-19. 

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Abd Rahman Bin Tamuri
Pengerusi PIBG SRIH JB

Kongsikan dan Sebarkan

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter