SMIHJB | Pada 5 Februari 2021 yang lalu, Unit MPP telah menganjurkan program Kem Qiadah secara atas talian kepada barisan pimpinan Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.
Program ini khusus kepada pimpinan yang berjawatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), pengawas dan Kadet Remaja Sekolah (KRS).
Program ini bertujuan untuk memberi gambaran besar hala tuju pimpinan dan membina kefahaman yang jelas berkaitan tugasan serta membina qiadah yang praktis dalam amal mereka.
Semoga penganjuran program Kem Qiadah ini dapat meningkatkan semangat untuk menggalas tanggungjawab sebagai pimpinan serta mampu berkhidmat kepada masyarakat dan negara.