SMIHJB| “Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin”

SMIHJB| “Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin”

Alhamdulillah, pada hari Khamis 11/2/21 yang lalu satu Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin khusus untuk Calon SPM 2020, Ibu Bapa dan Guru guru SMIH telah di adakan secara maya di FB smihjb.

Majlis maya ini telah di mulakan dengan bacaan Surah Yasin bersama sama dengan diketuai oleh Ustaz Mohamad Ubadah Mohamad Luqman.

Majlis juga diselitkan dengan satu tazkirah oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Pusat Pendidikan Hidayah Tuan Haji Dr. Ustaz Ajmain Safar yang bertajuk “ Doa , Usaha dan Tawakal”.

Program ini diakhiri dengan bacaan Doa oleh Ustaz Ajmain Safar.

Semoga Majlis ini mendapat rahmat Allah juga mendorong calon calon agar dapat meneruskan amalan solat hajat ini di rumah.

Didoakan agar semua calon calon SPM 2020 bakal mencapai kejayaan yang cemerlang untuk diri dan ummah .
In syaa Allah.

Ameen.

Mashida Sakrani
PK Akademik SMIH.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda