DAURAH ULUMUL QURAN

ALHAMDULILLAH telah berlangsung Daurah Ulumul Quran yang dihadiri oleh guru-guru dan staf PPH serta ahli Ikram Johor Bahru Utara pd Ahad 7/2/2021 jam 9.00 hingga 10.30 malam.

Pengisian telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Amirul Ihsan Che’ Zahari penceramah dari Tadabbur Centre yang telah mengupas dari segi sejarah pembahagian Al Quran 30 juzuk.

Daurah ini telah menyuntik semangat untuk beriltizam membaca AlQuran setiap hari melalui sejarah kegigihan para ulamak silam menyusun dan membahagikan AlQuran agar mudah dibaca dan dikhatamkan insyaAllah.

Program ini adalah anjuran bersama Biro Tarbiah LPH dan Ikram Johor Bahru Utara.

Dilaporkan oleh,
Wan Rudzina Wan Mansor
Pengurus Tarbiah Guru
SRIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda